assalamualaikum..lame da tak kemaskinikan blog ini disebabkan kesibukan melampau dan disebabkan kekurangan waktu sela di waktu malam kerana aku menulis di waktu malam hari ketika semua umat tidur..walaupun kita telah berpuasa lebih dari 2 minggu tapi tak salah rasenya aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kiralah yang mengenali aku atau tidak..
apa yang aku nak kongsikan d sini ialah yang bestnya gambar ini aku hasilkan sendiri pada waktu maghrib di putrajaya.. memang betul la kata orang nak tunggu the right moment memang memerlukan kesabaran n akhirnya memang berbaloi.. dan aku kongsikan hasil kerjaku buat teman2 semua..
waktu bulan puasa la akan mengingatkan aku pada seseorang yang aku sayangi n paling rindukan..mak aku.. yela selalu kita boleh gak nak bzkan diri.. aku teringat waktu bulan puasa mak aku yang berniaga kat pasar ramadan (adik2 aku yang jual) n buat kuih raye memang sibuk..n apa yang aku kagumi semangat yang ada padanya n mak aku adalah orang yang paling tabah..aku jarang nak tengok dier menangis lagila susah nak dengar dier citer masalah..
last puasa ngan mak aku..aku baru abis belajar diploma..selalunya mak aku akan kejutkan aku..tapi bulan tu dier x kejutkan aku langsung..bila adik2 aku tanya dier kate dakdeeq letih..biarlah..sedih lak aku dengar..aku da bangun waktu pagi nak sahur tapi saja tunggu mak panggil..saja.last2 x panggil2..aku pun turun sendiri..
waktu ni jugak for the first time dier x kisah aku try buat kuih tart by my own.. rupanya memang dier nak pegi..n aku sekarang yang menjalankan jualan kuih raye walaupun bukan kat umah di batu pahat tapi kat kl. bukan aku nak mengaut keuntungan atau apa..cuma its a passion..aku rase tu warisan yang dier tinggalkan dan aku rase dier sentiasa dekat dengan aku waktu aku buat kuih tu.. adik2 aku yang lain x menggunakan kepakaran yang dorang ada sebab dorang yang lebih banyak buat kuih dulu..tapi tak pe..selagi aku ada..aku akan teruskan buat kuih nie..biar mak bangga dengan aku..ditambah lagi dengan ilmu fotografi yang aku tuntut n pasaran menggunakan facebook n juga pejabat..alhamdulillah..amat menggalakkan..
waktu bulan puasa jugak mengingatkan aku kepada sahabat baik aku iaitu widya yang telah meninggal dunia..salah satu sebab kenapa aku jarang nak balik bp coz aku akan terbayang dier.. etapa aku merindui insan2 yang dekat denganku ini..walaupun aku mungkin x pernah mengucapkannya namun aku tahu kalian mengetahuinya yang aku menyayangi kalian..semoga damai di sana..
Sabtu, 28 Ogos 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan