Rabu, 29 September 2010

PENAT..NGANTUK..LETIH..

pagi ni post aku tak de gambo..seperti tajuk kat atas yang mane membuatkan darjah kemalasan aku meningkat lagi-lagi skang sume umat tengah menidurkan diri.. aku nape lak tak tido..maka halnya aku dalam proses memuatturun (ayat skema) beberapa (yer ke..bukan puluh ke..hehehe) fail-fail untuk aku hadap selepas nie. ini disebabkan otakku yang telah lama tidak dimasukkan input-input baru bagi mencetuskan idea-idea baru lantas menjadikan aku manusia tepu..
maka selepas ini aku lak akan cuba mem'print'kan nota-nota tersebut memandangkan aku ni malas nak mengadap komputer lama-lama sekadar nak membaca. dan pastinya pembacaan aku akan se slow siput memandangkan bahan bacaan yang diperolehi dalam bahasa inggeris..
selepas ini jugak aku akan kembali ke aktiviti lama tetapi dengan azam baru..supaya semangat yang ada terus bersemarak seperti bunga raya bunga semarak bangsa (tetibe ingat iklan kat tv)
maka pastinya pagi kang akan jadi pagi-pagi sebelumnya aku akan mengalami gangguan mental (sakit kepala) akibat tak tido yang mana akan membahayakan boleh terbakar fius nie..hehehe..tapi nak buat cam mane..aku nie memang lau ada benda nak buat tak setel-setel lagi dan kalau dah start berpikir kalah ahli pikir..bukan group penyanyi tu eik.. tu sebab masa mak aku ada dulu dier tak suka citer masalah ngan aku nanti aku asyik pikir jer..skang akak aku lak cakap cam tu..hehehe..masalahnya otak aku bukan komputer yang boleh terus shut down..mati baru terus shut down selamanya..ekeke
apapun ada beberapa perkara yang masih dalam kepala otak aku..yang memerlukan aku berpikir kembali..tapi skang aku dah penat nak pikir..penat nak mendownload..penat menaip..aku nak gi tengok tv plak..len siaran kiter jumpa laie..chow..

Selasa, 28 September 2010

AIRANI-part 2



atas permintaan LP LUM maka aku akan buat sedikit review pasal novel yang aku katakan semalam iaitu AIRANI. tapi tak de la secara detail memandangkan aku dari sekolah paling x suka buat sipnosis nie..harap berpuas hati..

SIPNOSIS :

kisah perhubungan dua orang individu bernama Bidin (berumur 17 tahun anak kampung yang naif) dan Irina Yusuf (anak pengurus ladang yang bapanya berasal dari kampung itu juga tetapi telah berkahwin dengan wanita dari England) yang bermula dari kiriman sajak buat Irina pada hari ulangtahunnya dengan memanggil Irina sebagai Airani yang pada Bidin membawa maksud bunga seroja atau padma. Irina yang merasakan kelainan tentang Bidin lantas mendekatinya dan ternyata dia cukup senang dengan Bidin. seperti biasa, kisah kaya dan miskin menjadi punca utama tentangan dari nenek Irina dan juga Shamsul yang iri hati kerana tidak dapat memiliki Irina lalu menyebarkan fitnah.
Rasa kecewa Bidin terhadap Irina tercetus apabila gadis itu telah berpindah semula ke England dalam usaha bapanya mahu meleraikan perbalahan dengan neneknya dan atas alasan bapanya telah menerima tawaran kerja baru. menjalani kehidupan biasa dan setelah mendapat pangkat dua didalam SPMnya Bidin bertekad mencari pekerjaan di Kuala Lumpur di syarikat penerbitan dan usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima di di situ.cuba melupakan bayangan Irina dia berkawan dengan Marina yang akhirnya kembali kepada teman lelakinya membuatkan dia bertekad menerima Kak Jah (ketua pengarangnya) tetapi menjadi tidak keruan apabila diminta membuat temuramah dengan model baru Irina Yusuf yang menguatkan firasatnya adalah Airaninya lapan tahun lalu.
Airani yang terbaca nama Bidin diruangan temuramah telah menghubungi Kak Jah bagi mendapatkan kepastian adakah itu kawan lamanya dahulu.setelah didesak Bidin bersetuju menemui Airani tetapi bukan kata rindu dilemparkannya tetapi ketidakpuasan hati ditinggal gadis itu tanpa jejak tetapi itu sebenarnya menjadi punca mereka berdamai semula dan maka bermula episod baru cinta layu kembang semula tetapi menerima tentangan dari Tengku (kekasih Airani) dan keluarga Airani sendiri.berjaya kah mereka mengharungi kisah percintaan mereka?semuanya terjawab dalam novel Airani.

AIRANI


selamat pagi sumenya..kali ni aku nak kongsi pasal novel yang buat aku tak jemu baca dari zaman sekolah rendah dulu..AIRANI karya abd talib hassan. mungkin jalan ceritanya yang simple tapi bukan menggunakan bahasa pasar..aku dah beberapa kali membeli novel ni(sebab novel aku orang pinjam terus buat harta)..pernah sekali aku beli by pos..sanggup simpan duit sekolah tu..
apa yang buat aku nak bercerita pasal novel sebab aku baru baca novel ni tadi disebabkana keboringan yang melampau aku pun selongkar drawer tempat aku simpan novel-novel..cari novel yang belum aku baca.. ini disebabkan akhir-akhir nia aku sibuk dengan menuntut ilmu dalam bidang fotografi serta out station maka buku-buku yang banyak gile aku beli masa pesta buku kat PWTC masa bulan mac ke bila..tersadai..so ada la beberapa novel yang masih dalam balutan plastik yang menunjukkan ianya belum tersentuh apatah lagi dibaca.
ya..dan selepas dibaca aku masih mendapatkan kepuasan yang sama berbelas tahun yang dulu..dan aku keep thinking what makes my heart stick on it?dan jawapan masih tak kutemui cuma aku tau penulisnya antara nama yang cukup hebat pada zaman itu..syabas..satu bacaan ringan yang aku syorkan..