Khamis, 23 Disember 2010

sejenak..kuterkenang kisah lama

lame sudah x menulis di blog nie..terlalu sibuk serta aku bukan penulis tegar seperti lynda lum yang aku jengah blognya setiap hari..aku lebih suka memerhati dari mencurah rase hati..
apa yang aku nak kisahkan bukan apa pun..hari ni bebudak pmr amik keputusan dorang..seperti biasa..lau banyak tu kita usaha maka banyak tu jerla kita dapat.memula tu aku biasa je r..tetibe bila aku bukak satu forum fotografi tadi aku tersentak n tersentuh..masih terasa saat ini.si ayah mengucapkan terima kasih kepada anaknya yang dapat 8A dan menyifatkan itu hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yg paling bermakna..begitu seorang ayah menghargai usaha anak mereka..selalu kita dengar anak yang ucap terima kasih..aku ada arwah mak yang sibuk menguruskan rumahtangga n berniaga n ayah yang sibuk bekerja tapi dorang sering menitikberatkan pembelajaran pada aku sehingga setiap kali aku bawa keputusan periksa seumpama bawak hadiah pada dorang..aku epi kalau mak n ayah aku epi..x payah bagi duit juta2.walaupun mak aku da x de..tapi itu kenangan yang bermakna..selalu bila aku ada masalah aku just tipon tapi x pernah cakap masalah aku..aku just nak dengar suaranya..aku x perlu nasihat..aku tau aku perlu buat apa cuma kekadang semangat kita down..paling teruk aku nangis je..n mak pun xkan pujuk..abis2 dia kater lau penat tido awal jangan paksa diri..kekadang dia masukkan duit soh aku beli pape walaupun aku x mintak..betapa mak menghargai usaha aku menuntut ilmu..masa kat matriks mak selalu datang..kalau dier x datang dia akan kirim kat mak kawan aku makanan kegemaran aku.ayah aku plak suka citer pasal aku kat kawan dier..korang mesti rasa bangga kan kalau cam nie?tapi aku x..aku rase ini satu tanggungjawab yang berat yang kadangkala aku lakukan..orang selalu jadikan aku sumber rujukan sebab kate aku pandai..genius..akak aku yg jugak bekas dekan aku pun cakap cam tuh..tapi disebalik ketabahan..kekuatan dan berjaga siang malam adalah doa seorang ibu..aku percaya..sebab dulu aku rase hidup aku lurus..senang..cukup sem balik umah..once mak da x der rase sukar sangat nak meniti hari..mak pernah cakap kat aku lau dier da x der nti dia da x boleh doakan aku..betapa aku rindu kat maka aku..korang mesti pelik kenapa aku tulis pasal mak aku lagikan..sebab cam akak aku kate walaupun dia da x de ikatan yang terbina x kan terputus..aku mimpi aku urus jenazah dier .pastu masa kira aku nak balik dari tempat tu roh dier datang cakap terima kasih doakan mak..pastu aku kate nak balik..aku nak g tempat ayah n adik-beradik aku..mak nak ikut antar..aku kater x pe..mak dok kat sini adik balik sendiri..pastu aku sampai kat ayah aku ngan selamat tapi kamera aku hilang..aku sedih..nak cari balik tapi ayah x kasik..bahaya..banjir besar..tapi aku pikir lau aku hilang kamera tu aku x leh berkarya laie..aku nak cari gak..n mase tu lah aku terbangun ngan sesak nafas..walaupun itu hanya mimpi tapi memberi impak yang besar pada aku.mungkin aku teringat mak sekarang ni n mak tau aku ngah x sihat..aku x manje ngan mak tapi lau aku sakit selalu teruk lelagi sakit paler..ada org selalu komen aku selalu sakit tp org tak tau aku memang antibodi lemah.selalu yang boleh buat aku tertido bila mak soh aku tido atas peha dier sambil dier letak asam jawa kat paler aku yg panas..betapa aku rindu kehadiran mak..andai dapat kuundurkan putaran dunia..semoga mak bahagia dan ditempatkan disisi orang2 beriman..disaat sekarang belajar boleh dikatakan free ada makhluk allah nie boleh cakap sok keputusan kuar x lulus pun sy x kisah sebab saya da x minat nak belajar..skang sy minat nak jadik photographer.sy skolah smpi tgkatan lima je nanti..tapi lau ada kerja saya nak berenti..kalau korang apa korang akan andaikan??


*cerita ini ditulis dengan deraian airmata sehingga terpaksa berenti berkali2..skang mata da bengkak n aku sakit paler balik..

Rabu, 29 September 2010

PENAT..NGANTUK..LETIH..

pagi ni post aku tak de gambo..seperti tajuk kat atas yang mane membuatkan darjah kemalasan aku meningkat lagi-lagi skang sume umat tengah menidurkan diri.. aku nape lak tak tido..maka halnya aku dalam proses memuatturun (ayat skema) beberapa (yer ke..bukan puluh ke..hehehe) fail-fail untuk aku hadap selepas nie. ini disebabkan otakku yang telah lama tidak dimasukkan input-input baru bagi mencetuskan idea-idea baru lantas menjadikan aku manusia tepu..
maka selepas ini aku lak akan cuba mem'print'kan nota-nota tersebut memandangkan aku ni malas nak mengadap komputer lama-lama sekadar nak membaca. dan pastinya pembacaan aku akan se slow siput memandangkan bahan bacaan yang diperolehi dalam bahasa inggeris..
selepas ini jugak aku akan kembali ke aktiviti lama tetapi dengan azam baru..supaya semangat yang ada terus bersemarak seperti bunga raya bunga semarak bangsa (tetibe ingat iklan kat tv)
maka pastinya pagi kang akan jadi pagi-pagi sebelumnya aku akan mengalami gangguan mental (sakit kepala) akibat tak tido yang mana akan membahayakan boleh terbakar fius nie..hehehe..tapi nak buat cam mane..aku nie memang lau ada benda nak buat tak setel-setel lagi dan kalau dah start berpikir kalah ahli pikir..bukan group penyanyi tu eik.. tu sebab masa mak aku ada dulu dier tak suka citer masalah ngan aku nanti aku asyik pikir jer..skang akak aku lak cakap cam tu..hehehe..masalahnya otak aku bukan komputer yang boleh terus shut down..mati baru terus shut down selamanya..ekeke
apapun ada beberapa perkara yang masih dalam kepala otak aku..yang memerlukan aku berpikir kembali..tapi skang aku dah penat nak pikir..penat nak mendownload..penat menaip..aku nak gi tengok tv plak..len siaran kiter jumpa laie..chow..

Selasa, 28 September 2010

AIRANI-part 2



atas permintaan LP LUM maka aku akan buat sedikit review pasal novel yang aku katakan semalam iaitu AIRANI. tapi tak de la secara detail memandangkan aku dari sekolah paling x suka buat sipnosis nie..harap berpuas hati..

SIPNOSIS :

kisah perhubungan dua orang individu bernama Bidin (berumur 17 tahun anak kampung yang naif) dan Irina Yusuf (anak pengurus ladang yang bapanya berasal dari kampung itu juga tetapi telah berkahwin dengan wanita dari England) yang bermula dari kiriman sajak buat Irina pada hari ulangtahunnya dengan memanggil Irina sebagai Airani yang pada Bidin membawa maksud bunga seroja atau padma. Irina yang merasakan kelainan tentang Bidin lantas mendekatinya dan ternyata dia cukup senang dengan Bidin. seperti biasa, kisah kaya dan miskin menjadi punca utama tentangan dari nenek Irina dan juga Shamsul yang iri hati kerana tidak dapat memiliki Irina lalu menyebarkan fitnah.
Rasa kecewa Bidin terhadap Irina tercetus apabila gadis itu telah berpindah semula ke England dalam usaha bapanya mahu meleraikan perbalahan dengan neneknya dan atas alasan bapanya telah menerima tawaran kerja baru. menjalani kehidupan biasa dan setelah mendapat pangkat dua didalam SPMnya Bidin bertekad mencari pekerjaan di Kuala Lumpur di syarikat penerbitan dan usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima di di situ.cuba melupakan bayangan Irina dia berkawan dengan Marina yang akhirnya kembali kepada teman lelakinya membuatkan dia bertekad menerima Kak Jah (ketua pengarangnya) tetapi menjadi tidak keruan apabila diminta membuat temuramah dengan model baru Irina Yusuf yang menguatkan firasatnya adalah Airaninya lapan tahun lalu.
Airani yang terbaca nama Bidin diruangan temuramah telah menghubungi Kak Jah bagi mendapatkan kepastian adakah itu kawan lamanya dahulu.setelah didesak Bidin bersetuju menemui Airani tetapi bukan kata rindu dilemparkannya tetapi ketidakpuasan hati ditinggal gadis itu tanpa jejak tetapi itu sebenarnya menjadi punca mereka berdamai semula dan maka bermula episod baru cinta layu kembang semula tetapi menerima tentangan dari Tengku (kekasih Airani) dan keluarga Airani sendiri.berjaya kah mereka mengharungi kisah percintaan mereka?semuanya terjawab dalam novel Airani.

AIRANI


selamat pagi sumenya..kali ni aku nak kongsi pasal novel yang buat aku tak jemu baca dari zaman sekolah rendah dulu..AIRANI karya abd talib hassan. mungkin jalan ceritanya yang simple tapi bukan menggunakan bahasa pasar..aku dah beberapa kali membeli novel ni(sebab novel aku orang pinjam terus buat harta)..pernah sekali aku beli by pos..sanggup simpan duit sekolah tu..
apa yang buat aku nak bercerita pasal novel sebab aku baru baca novel ni tadi disebabkana keboringan yang melampau aku pun selongkar drawer tempat aku simpan novel-novel..cari novel yang belum aku baca.. ini disebabkan akhir-akhir nia aku sibuk dengan menuntut ilmu dalam bidang fotografi serta out station maka buku-buku yang banyak gile aku beli masa pesta buku kat PWTC masa bulan mac ke bila..tersadai..so ada la beberapa novel yang masih dalam balutan plastik yang menunjukkan ianya belum tersentuh apatah lagi dibaca.
ya..dan selepas dibaca aku masih mendapatkan kepuasan yang sama berbelas tahun yang dulu..dan aku keep thinking what makes my heart stick on it?dan jawapan masih tak kutemui cuma aku tau penulisnya antara nama yang cukup hebat pada zaman itu..syabas..satu bacaan ringan yang aku syorkan..

Sabtu, 28 Ogos 2010

selamat berpuasa

assalamualaikum..lame da tak kemaskinikan blog ini disebabkan kesibukan melampau dan disebabkan kekurangan waktu sela di waktu malam kerana aku menulis di waktu malam hari ketika semua umat tidur..walaupun kita telah berpuasa lebih dari 2 minggu tapi tak salah rasenya aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kiralah yang mengenali aku atau tidak..

apa yang aku nak kongsikan d sini ialah yang bestnya gambar ini aku hasilkan sendiri pada waktu maghrib di putrajaya.. memang betul la kata orang nak tunggu the right moment memang memerlukan kesabaran n akhirnya memang berbaloi.. dan aku kongsikan hasil kerjaku buat teman2 semua..

waktu bulan puasa la akan mengingatkan aku pada seseorang yang aku sayangi n paling rindukan..mak aku.. yela selalu kita boleh gak nak bzkan diri.. aku teringat waktu bulan puasa mak aku yang berniaga kat pasar ramadan (adik2 aku yang jual) n buat kuih raye memang sibuk..n apa yang aku kagumi semangat yang ada padanya n mak aku adalah orang yang paling tabah..aku jarang nak tengok dier menangis lagila susah nak dengar dier citer masalah..

last puasa ngan mak aku..aku baru abis belajar diploma..selalunya mak aku akan kejutkan aku..tapi bulan tu dier x kejutkan aku langsung..bila adik2 aku tanya dier kate dakdeeq letih..biarlah..sedih lak aku dengar..aku da bangun waktu pagi nak sahur tapi saja tunggu mak panggil..saja.last2 x panggil2..aku pun turun sendiri..

waktu ni jugak for the first time dier x kisah aku try buat kuih tart by my own.. rupanya memang dier nak pegi..n aku sekarang yang menjalankan jualan kuih raye walaupun bukan kat umah di batu pahat tapi kat kl. bukan aku nak mengaut keuntungan atau apa..cuma its a passion..aku rase tu warisan yang dier tinggalkan dan aku rase dier sentiasa dekat dengan aku waktu aku buat kuih tu.. adik2 aku yang lain x menggunakan kepakaran yang dorang ada sebab dorang yang lebih banyak buat kuih dulu..tapi tak pe..selagi aku ada..aku akan teruskan buat kuih nie..biar mak bangga dengan aku..ditambah lagi dengan ilmu fotografi yang aku tuntut n pasaran menggunakan facebook n juga pejabat..alhamdulillah..amat menggalakkan..

waktu bulan puasa jugak mengingatkan aku kepada sahabat baik aku iaitu widya yang telah meninggal dunia..salah satu sebab kenapa aku jarang nak balik bp coz aku akan terbayang dier.. etapa aku merindui insan2 yang dekat denganku ini..walaupun aku mungkin x pernah mengucapkannya namun aku tahu kalian mengetahuinya yang aku menyayangi kalian..semoga damai di sana..

Jumaat, 30 April 2010

KURSUS KURSUS KURSUS

salamzz sumer.. ari ni aku merajinkan diri menulis lagi..disebabkan hari ni tarikh akhir bagi bulan nie.. sok aku ader kursus fotografi kahwin..dua hari..yang pastinya tenaga aku n minda aku akan digunakan secara total.. alamak..confirm balik lembik aku jadiknya..n sebelum balik mesti akak aku ajak singgah giants kat situ.. yang mana pastinya adalah benda yang dier da aim tu..hehehe..
kursus nie memang aku nantikan..aku nak tau macam mana kiter handle acara tu..aku rase mesti akan diajar buat custom album tue..before this aku dah g kursus custom album..memang meletihkan paler otak n buat pertama kali aku lambat cam siput..adoi la.. yer la..multimedia..pasti melembabkan otak aku..tapi aku akan gagahkan untuk menguasai bidang tuh..hehehe..anything possible..memberi keyakinan diri yang tinggi buat diri aku..
selepas kursus ni aku akan ader 3-4 kursus lagi yang sumernya dalam bulan nie yang pastinya meletihkan..ini bermakna aku hanya dapat bercuti pada bulan jun..alamak..lama lagi tu..lagi sebulan..tapi tak perla..demi menjadi insan berilmu aku sanggup menunda percutian aku..sedey...ala..relax..ternyata..aku telah keletihan sebb dari bulan 3 sejak dapat kamera aku..aku telah menghadiri pelbagai kursus n akhirnya terlalu struggle sampai aku jatuh sakit..tapi yang pastinya aku telah menjadi salah seorang kelompok di situ..tapi aku masih suka bergerak solo..tak sabar2 nak khatam ilmu ni..ada gak yang baru g kursus basic da rasa cam pro n tak amik kursus len da..itu hak memasing..ada sorang tu lagi pelik..peralatan punya canggih.. peralatan laptop pun leh tahan hebat.. cam aku ni low profile je..citer da g amik gambo kawin la..macam2..tapi yang peliknya sehari sebelum kursus tu dia baru attend kelas basic..cam mane tuh.. adakah dia memang betul2 hebat atau..korang pandai2la tafsir ayat aku tu..tapi tula.. selagi kita bergelar manusia..kita tidak lari dari sikap ingin menunjuk2..n berbangga dengan kita ada..bagi aku..cukup sekadar kita bersyukur dengan apa yang kita ada..selamat berkursus n selamat berhujung minggu..oh ye..sok 1 mei..selamat hari pekerja..

HAPPILY EVER AFTER

salam semua.. hehehe..tetibe aku terajin nak buat entri baru..korang mesti perasan aku jenis malas nak update blog.. sekali tulis.. 2 3 entri terus.okla tu..aku lum tau lagi nak bagi gambo apa yang sesuai.. mungkin kemudianla.. tak de pun pun tak pe..tak penting..perasan tak perkataan tu ada kat blog aku tue..yer..semua orang semua makhluk suka happy ending cam avril nyanyi tu..aku pun suka..aku lau boleh nak hidup aku happy ending..bestkan..tapi kita hanya merancang..adakalanya kita akan menghadapi kekecewaan..kedukaan..kepahitan dalam hidup..sampai kekadang menjadikan kita hilang pedoman..tapi adilkah kita dalam menilai diri kita.. kita bukan hakim yang bagus untuk diri kita.. apa yang penting bagi aku.. kita perlu bangkit dan jangan sesekali kalah dengan dugaan yang menimpa..adatla..kadangkala kita perlu menangis..tapi tak perlu sampai meratap..berbalik pada kisah happy ending..padaku ianya abroad..tak semestinya pada pasangan bercinta..boleh juga pada anak dan ibu..kakak dan adik..suami isteri..our child hood memories..kekadang memori dengan nenek dan datuk kita merupakan kenangan yang berpanjangan..ingatan dan ikatan kita takkan putus walaupun orang yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita.. memang ada kisah disebalik tajuk ini sehingga aku mendapat gelaranku tapi itu semua cerita lama seakan cerita fairy tales.. apapun..untuk kita mengecap bahagia bukannya mudah.. lebih perit untuk mengekalkannya.. apapun macam aku selalu cakap..kalau kita sendiri tak dapat bahagia tu tapi at least kita dapat buat orang bahagia..itu sudah memadai..jangan tamak untuk dapat semua benda kadangkala yang sedikit itu lebih nikmat..renung2kan..