Khamis, 23 Disember 2010

sejenak..kuterkenang kisah lama

lame sudah x menulis di blog nie..terlalu sibuk serta aku bukan penulis tegar seperti lynda lum yang aku jengah blognya setiap hari..aku lebih suka memerhati dari mencurah rase hati..
apa yang aku nak kisahkan bukan apa pun..hari ni bebudak pmr amik keputusan dorang..seperti biasa..lau banyak tu kita usaha maka banyak tu jerla kita dapat.memula tu aku biasa je r..tetibe bila aku bukak satu forum fotografi tadi aku tersentak n tersentuh..masih terasa saat ini.si ayah mengucapkan terima kasih kepada anaknya yang dapat 8A dan menyifatkan itu hadiah ulangtahun perkahwinan mereka yg paling bermakna..begitu seorang ayah menghargai usaha anak mereka..selalu kita dengar anak yang ucap terima kasih..aku ada arwah mak yang sibuk menguruskan rumahtangga n berniaga n ayah yang sibuk bekerja tapi dorang sering menitikberatkan pembelajaran pada aku sehingga setiap kali aku bawa keputusan periksa seumpama bawak hadiah pada dorang..aku epi kalau mak n ayah aku epi..x payah bagi duit juta2.walaupun mak aku da x de..tapi itu kenangan yang bermakna..selalu bila aku ada masalah aku just tipon tapi x pernah cakap masalah aku..aku just nak dengar suaranya..aku x perlu nasihat..aku tau aku perlu buat apa cuma kekadang semangat kita down..paling teruk aku nangis je..n mak pun xkan pujuk..abis2 dia kater lau penat tido awal jangan paksa diri..kekadang dia masukkan duit soh aku beli pape walaupun aku x mintak..betapa mak menghargai usaha aku menuntut ilmu..masa kat matriks mak selalu datang..kalau dier x datang dia akan kirim kat mak kawan aku makanan kegemaran aku.ayah aku plak suka citer pasal aku kat kawan dier..korang mesti rasa bangga kan kalau cam nie?tapi aku x..aku rase ini satu tanggungjawab yang berat yang kadangkala aku lakukan..orang selalu jadikan aku sumber rujukan sebab kate aku pandai..genius..akak aku yg jugak bekas dekan aku pun cakap cam tuh..tapi disebalik ketabahan..kekuatan dan berjaga siang malam adalah doa seorang ibu..aku percaya..sebab dulu aku rase hidup aku lurus..senang..cukup sem balik umah..once mak da x der rase sukar sangat nak meniti hari..mak pernah cakap kat aku lau dier da x der nti dia da x boleh doakan aku..betapa aku rindu kat maka aku..korang mesti pelik kenapa aku tulis pasal mak aku lagikan..sebab cam akak aku kate walaupun dia da x de ikatan yang terbina x kan terputus..aku mimpi aku urus jenazah dier .pastu masa kira aku nak balik dari tempat tu roh dier datang cakap terima kasih doakan mak..pastu aku kate nak balik..aku nak g tempat ayah n adik-beradik aku..mak nak ikut antar..aku kater x pe..mak dok kat sini adik balik sendiri..pastu aku sampai kat ayah aku ngan selamat tapi kamera aku hilang..aku sedih..nak cari balik tapi ayah x kasik..bahaya..banjir besar..tapi aku pikir lau aku hilang kamera tu aku x leh berkarya laie..aku nak cari gak..n mase tu lah aku terbangun ngan sesak nafas..walaupun itu hanya mimpi tapi memberi impak yang besar pada aku.mungkin aku teringat mak sekarang ni n mak tau aku ngah x sihat..aku x manje ngan mak tapi lau aku sakit selalu teruk lelagi sakit paler..ada org selalu komen aku selalu sakit tp org tak tau aku memang antibodi lemah.selalu yang boleh buat aku tertido bila mak soh aku tido atas peha dier sambil dier letak asam jawa kat paler aku yg panas..betapa aku rindu kehadiran mak..andai dapat kuundurkan putaran dunia..semoga mak bahagia dan ditempatkan disisi orang2 beriman..disaat sekarang belajar boleh dikatakan free ada makhluk allah nie boleh cakap sok keputusan kuar x lulus pun sy x kisah sebab saya da x minat nak belajar..skang sy minat nak jadik photographer.sy skolah smpi tgkatan lima je nanti..tapi lau ada kerja saya nak berenti..kalau korang apa korang akan andaikan??


*cerita ini ditulis dengan deraian airmata sehingga terpaksa berenti berkali2..skang mata da bengkak n aku sakit paler balik..

Rabu, 29 September 2010

PENAT..NGANTUK..LETIH..

pagi ni post aku tak de gambo..seperti tajuk kat atas yang mane membuatkan darjah kemalasan aku meningkat lagi-lagi skang sume umat tengah menidurkan diri.. aku nape lak tak tido..maka halnya aku dalam proses memuatturun (ayat skema) beberapa (yer ke..bukan puluh ke..hehehe) fail-fail untuk aku hadap selepas nie. ini disebabkan otakku yang telah lama tidak dimasukkan input-input baru bagi mencetuskan idea-idea baru lantas menjadikan aku manusia tepu..
maka selepas ini aku lak akan cuba mem'print'kan nota-nota tersebut memandangkan aku ni malas nak mengadap komputer lama-lama sekadar nak membaca. dan pastinya pembacaan aku akan se slow siput memandangkan bahan bacaan yang diperolehi dalam bahasa inggeris..
selepas ini jugak aku akan kembali ke aktiviti lama tetapi dengan azam baru..supaya semangat yang ada terus bersemarak seperti bunga raya bunga semarak bangsa (tetibe ingat iklan kat tv)
maka pastinya pagi kang akan jadi pagi-pagi sebelumnya aku akan mengalami gangguan mental (sakit kepala) akibat tak tido yang mana akan membahayakan boleh terbakar fius nie..hehehe..tapi nak buat cam mane..aku nie memang lau ada benda nak buat tak setel-setel lagi dan kalau dah start berpikir kalah ahli pikir..bukan group penyanyi tu eik.. tu sebab masa mak aku ada dulu dier tak suka citer masalah ngan aku nanti aku asyik pikir jer..skang akak aku lak cakap cam tu..hehehe..masalahnya otak aku bukan komputer yang boleh terus shut down..mati baru terus shut down selamanya..ekeke
apapun ada beberapa perkara yang masih dalam kepala otak aku..yang memerlukan aku berpikir kembali..tapi skang aku dah penat nak pikir..penat nak mendownload..penat menaip..aku nak gi tengok tv plak..len siaran kiter jumpa laie..chow..

Selasa, 28 September 2010

AIRANI-part 2



atas permintaan LP LUM maka aku akan buat sedikit review pasal novel yang aku katakan semalam iaitu AIRANI. tapi tak de la secara detail memandangkan aku dari sekolah paling x suka buat sipnosis nie..harap berpuas hati..

SIPNOSIS :

kisah perhubungan dua orang individu bernama Bidin (berumur 17 tahun anak kampung yang naif) dan Irina Yusuf (anak pengurus ladang yang bapanya berasal dari kampung itu juga tetapi telah berkahwin dengan wanita dari England) yang bermula dari kiriman sajak buat Irina pada hari ulangtahunnya dengan memanggil Irina sebagai Airani yang pada Bidin membawa maksud bunga seroja atau padma. Irina yang merasakan kelainan tentang Bidin lantas mendekatinya dan ternyata dia cukup senang dengan Bidin. seperti biasa, kisah kaya dan miskin menjadi punca utama tentangan dari nenek Irina dan juga Shamsul yang iri hati kerana tidak dapat memiliki Irina lalu menyebarkan fitnah.
Rasa kecewa Bidin terhadap Irina tercetus apabila gadis itu telah berpindah semula ke England dalam usaha bapanya mahu meleraikan perbalahan dengan neneknya dan atas alasan bapanya telah menerima tawaran kerja baru. menjalani kehidupan biasa dan setelah mendapat pangkat dua didalam SPMnya Bidin bertekad mencari pekerjaan di Kuala Lumpur di syarikat penerbitan dan usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima di di situ.cuba melupakan bayangan Irina dia berkawan dengan Marina yang akhirnya kembali kepada teman lelakinya membuatkan dia bertekad menerima Kak Jah (ketua pengarangnya) tetapi menjadi tidak keruan apabila diminta membuat temuramah dengan model baru Irina Yusuf yang menguatkan firasatnya adalah Airaninya lapan tahun lalu.
Airani yang terbaca nama Bidin diruangan temuramah telah menghubungi Kak Jah bagi mendapatkan kepastian adakah itu kawan lamanya dahulu.setelah didesak Bidin bersetuju menemui Airani tetapi bukan kata rindu dilemparkannya tetapi ketidakpuasan hati ditinggal gadis itu tanpa jejak tetapi itu sebenarnya menjadi punca mereka berdamai semula dan maka bermula episod baru cinta layu kembang semula tetapi menerima tentangan dari Tengku (kekasih Airani) dan keluarga Airani sendiri.berjaya kah mereka mengharungi kisah percintaan mereka?semuanya terjawab dalam novel Airani.

AIRANI


selamat pagi sumenya..kali ni aku nak kongsi pasal novel yang buat aku tak jemu baca dari zaman sekolah rendah dulu..AIRANI karya abd talib hassan. mungkin jalan ceritanya yang simple tapi bukan menggunakan bahasa pasar..aku dah beberapa kali membeli novel ni(sebab novel aku orang pinjam terus buat harta)..pernah sekali aku beli by pos..sanggup simpan duit sekolah tu..
apa yang buat aku nak bercerita pasal novel sebab aku baru baca novel ni tadi disebabkana keboringan yang melampau aku pun selongkar drawer tempat aku simpan novel-novel..cari novel yang belum aku baca.. ini disebabkan akhir-akhir nia aku sibuk dengan menuntut ilmu dalam bidang fotografi serta out station maka buku-buku yang banyak gile aku beli masa pesta buku kat PWTC masa bulan mac ke bila..tersadai..so ada la beberapa novel yang masih dalam balutan plastik yang menunjukkan ianya belum tersentuh apatah lagi dibaca.
ya..dan selepas dibaca aku masih mendapatkan kepuasan yang sama berbelas tahun yang dulu..dan aku keep thinking what makes my heart stick on it?dan jawapan masih tak kutemui cuma aku tau penulisnya antara nama yang cukup hebat pada zaman itu..syabas..satu bacaan ringan yang aku syorkan..

Sabtu, 28 Ogos 2010

selamat berpuasa

assalamualaikum..lame da tak kemaskinikan blog ini disebabkan kesibukan melampau dan disebabkan kekurangan waktu sela di waktu malam kerana aku menulis di waktu malam hari ketika semua umat tidur..walaupun kita telah berpuasa lebih dari 2 minggu tapi tak salah rasenya aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua tak kiralah yang mengenali aku atau tidak..

apa yang aku nak kongsikan d sini ialah yang bestnya gambar ini aku hasilkan sendiri pada waktu maghrib di putrajaya.. memang betul la kata orang nak tunggu the right moment memang memerlukan kesabaran n akhirnya memang berbaloi.. dan aku kongsikan hasil kerjaku buat teman2 semua..

waktu bulan puasa la akan mengingatkan aku pada seseorang yang aku sayangi n paling rindukan..mak aku.. yela selalu kita boleh gak nak bzkan diri.. aku teringat waktu bulan puasa mak aku yang berniaga kat pasar ramadan (adik2 aku yang jual) n buat kuih raye memang sibuk..n apa yang aku kagumi semangat yang ada padanya n mak aku adalah orang yang paling tabah..aku jarang nak tengok dier menangis lagila susah nak dengar dier citer masalah..

last puasa ngan mak aku..aku baru abis belajar diploma..selalunya mak aku akan kejutkan aku..tapi bulan tu dier x kejutkan aku langsung..bila adik2 aku tanya dier kate dakdeeq letih..biarlah..sedih lak aku dengar..aku da bangun waktu pagi nak sahur tapi saja tunggu mak panggil..saja.last2 x panggil2..aku pun turun sendiri..

waktu ni jugak for the first time dier x kisah aku try buat kuih tart by my own.. rupanya memang dier nak pegi..n aku sekarang yang menjalankan jualan kuih raye walaupun bukan kat umah di batu pahat tapi kat kl. bukan aku nak mengaut keuntungan atau apa..cuma its a passion..aku rase tu warisan yang dier tinggalkan dan aku rase dier sentiasa dekat dengan aku waktu aku buat kuih tu.. adik2 aku yang lain x menggunakan kepakaran yang dorang ada sebab dorang yang lebih banyak buat kuih dulu..tapi tak pe..selagi aku ada..aku akan teruskan buat kuih nie..biar mak bangga dengan aku..ditambah lagi dengan ilmu fotografi yang aku tuntut n pasaran menggunakan facebook n juga pejabat..alhamdulillah..amat menggalakkan..

waktu bulan puasa jugak mengingatkan aku kepada sahabat baik aku iaitu widya yang telah meninggal dunia..salah satu sebab kenapa aku jarang nak balik bp coz aku akan terbayang dier.. etapa aku merindui insan2 yang dekat denganku ini..walaupun aku mungkin x pernah mengucapkannya namun aku tahu kalian mengetahuinya yang aku menyayangi kalian..semoga damai di sana..

Jumaat, 30 April 2010

KURSUS KURSUS KURSUS

salamzz sumer.. ari ni aku merajinkan diri menulis lagi..disebabkan hari ni tarikh akhir bagi bulan nie.. sok aku ader kursus fotografi kahwin..dua hari..yang pastinya tenaga aku n minda aku akan digunakan secara total.. alamak..confirm balik lembik aku jadiknya..n sebelum balik mesti akak aku ajak singgah giants kat situ.. yang mana pastinya adalah benda yang dier da aim tu..hehehe..
kursus nie memang aku nantikan..aku nak tau macam mana kiter handle acara tu..aku rase mesti akan diajar buat custom album tue..before this aku dah g kursus custom album..memang meletihkan paler otak n buat pertama kali aku lambat cam siput..adoi la.. yer la..multimedia..pasti melembabkan otak aku..tapi aku akan gagahkan untuk menguasai bidang tuh..hehehe..anything possible..memberi keyakinan diri yang tinggi buat diri aku..
selepas kursus ni aku akan ader 3-4 kursus lagi yang sumernya dalam bulan nie yang pastinya meletihkan..ini bermakna aku hanya dapat bercuti pada bulan jun..alamak..lama lagi tu..lagi sebulan..tapi tak perla..demi menjadi insan berilmu aku sanggup menunda percutian aku..sedey...ala..relax..ternyata..aku telah keletihan sebb dari bulan 3 sejak dapat kamera aku..aku telah menghadiri pelbagai kursus n akhirnya terlalu struggle sampai aku jatuh sakit..tapi yang pastinya aku telah menjadi salah seorang kelompok di situ..tapi aku masih suka bergerak solo..tak sabar2 nak khatam ilmu ni..ada gak yang baru g kursus basic da rasa cam pro n tak amik kursus len da..itu hak memasing..ada sorang tu lagi pelik..peralatan punya canggih.. peralatan laptop pun leh tahan hebat.. cam aku ni low profile je..citer da g amik gambo kawin la..macam2..tapi yang peliknya sehari sebelum kursus tu dia baru attend kelas basic..cam mane tuh.. adakah dia memang betul2 hebat atau..korang pandai2la tafsir ayat aku tu..tapi tula.. selagi kita bergelar manusia..kita tidak lari dari sikap ingin menunjuk2..n berbangga dengan kita ada..bagi aku..cukup sekadar kita bersyukur dengan apa yang kita ada..selamat berkursus n selamat berhujung minggu..oh ye..sok 1 mei..selamat hari pekerja..

HAPPILY EVER AFTER

salam semua.. hehehe..tetibe aku terajin nak buat entri baru..korang mesti perasan aku jenis malas nak update blog.. sekali tulis.. 2 3 entri terus.okla tu..aku lum tau lagi nak bagi gambo apa yang sesuai.. mungkin kemudianla.. tak de pun pun tak pe..tak penting..perasan tak perkataan tu ada kat blog aku tue..yer..semua orang semua makhluk suka happy ending cam avril nyanyi tu..aku pun suka..aku lau boleh nak hidup aku happy ending..bestkan..tapi kita hanya merancang..adakalanya kita akan menghadapi kekecewaan..kedukaan..kepahitan dalam hidup..sampai kekadang menjadikan kita hilang pedoman..tapi adilkah kita dalam menilai diri kita.. kita bukan hakim yang bagus untuk diri kita.. apa yang penting bagi aku.. kita perlu bangkit dan jangan sesekali kalah dengan dugaan yang menimpa..adatla..kadangkala kita perlu menangis..tapi tak perlu sampai meratap..berbalik pada kisah happy ending..padaku ianya abroad..tak semestinya pada pasangan bercinta..boleh juga pada anak dan ibu..kakak dan adik..suami isteri..our child hood memories..kekadang memori dengan nenek dan datuk kita merupakan kenangan yang berpanjangan..ingatan dan ikatan kita takkan putus walaupun orang yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita.. memang ada kisah disebalik tajuk ini sehingga aku mendapat gelaranku tapi itu semua cerita lama seakan cerita fairy tales.. apapun..untuk kita mengecap bahagia bukannya mudah.. lebih perit untuk mengekalkannya.. apapun macam aku selalu cakap..kalau kita sendiri tak dapat bahagia tu tapi at least kita dapat buat orang bahagia..itu sudah memadai..jangan tamak untuk dapat semua benda kadangkala yang sedikit itu lebih nikmat..renung2kan..

kisah aku dan diriku..

assalamualaikum..n salam pagi jumaat semua.. mesti korang tengah enak mengulit mimpi..aku lak..seperti biasa jadi penunggu malam untuk mencatat apa yang tersimpan di mindaku.. first..aku gembira la skit..coz minggu depan tanggal 6 mei aku akan menyambut hari kelahiran ku.. tapi adakah aku akan terima hadiah yang best lagi untuk tahun nie..kan best tetibe aku dapat lens yang aku idamkan atau dapat motor beso..hahaha..mimpi jerla jawabnyer.. tadi aku jenjalan kat sunway giza.. ada apple 3gs jual rm800 jer sebab dier nak tutup da jualan..blackberry dia pun murah..sampai sekarang menghantui pemikiran aku sampai aku tak boleh nak tido.. tapi aku kuatkan azam tak nak beli..memangla aku boleh beli tapi sekarang aku nak simpan duit untuk pergi bercuti yang mane tempatnya belum aku pilih lagi.. aku nak pilih yang betul2 aku puas hati dan dimana aku boleh release sambil menjalankan projek aku.. yang pasti tempat tu perlu sejuk dan tenang.. baru ok..tapi buat masa sekarang terpaksa aku abaikan dulu coz aku tengah tumpukan perhatian pada kursus2 fotografi yang mungkin akan jadi mata pencarianku..hehehe..yang penting fotografi telah sebati dengan aku sejak sekian lama tapi baru sekarang aku membeli dslr n bergiat secara aktif..walaupun aku baru sebulan menceburkan diri dalam dslr ni tapi ramai orang2 lama kata aku seperti pro.. mungkin gifted..yang penting aku masih menuntut sampai bebila selagi aku hidup coz itu tuntutan agama kitakan..aku pun selalu dahagakan ilmu..apa saja ilmu terutama fotografi n komputer.. pasal dslr mungkin sikit hari lagi aku akan buat satu blog baru untuk itu sahaja.. buat adikku, sis lp lum..lama sudah aku abaikan dirimu..bukan sengaja..tapi disebabkan ketidaksihatan n ketiadaan mood untuk beronline..aku pun nak freshkan otak aku sebelum g kursus supaya dapattumpukan perhatian 100% pada pembelajaranku.. apapun sorila coz enti aku x der gambo..nama jer suka amik gambo tapi aku malas nak tepekkan gambo..lagipun yang penting sementara mood nak menulis ada baik aku curahkan segalanya..buat SMM aku pun x pasti kenapa dia menyepikan diri..adakah sebab dia sibuk atau sesuatu yang aku x ketahui..apapun semoga dia bahagia..aku..tetap bahagia bersama insan kesayanganku..

p/s: hidup perlu diteruskan walaupun sukar dan sekali kita melangkah jangan sekali berpaling semula dikhuatiri kita tak setabah yang disangka..luka kan berdarah kembali ..yang lebih menyedihkan bila kita tersungkur di tengah jalan..kasihani diri kita sebelum kita mengasihani diri orang lain..

Selasa, 13 April 2010

I'M NOT IN MOOD!!!

tak der mood sungguh aku hari nie.. gara-gara sedih n kecewa bila seorang yang ku anggap adik n kawan telah membuangkan dirinya dari fb.. mungkin orang boleh kata itu hak dia n aku sendiri tak nafikan tapi tetap merasakan kehilangan seseorang yang agak rapat n boleh cerita apa saja bersama..

namun itu x bermakna aku dah tak boleh contact dier lagi.. boleh..through handset..ym..blog.. tapi mungkin aku tengah kecewa tahap gaban maka aku pun jadi tak ada moodla sepanjang hari..aku ingat bila melalui sepanjang hari maka kecewa aku akan hilang..malangnya aku gagal.. dan aku tak bisa menghubungkan diri aku dengannya saat ini..mungkin dia perlukan ruang n aku juga begitu..

aku ingat masa aku tanya masa hari jumaat ke sabtu apa yang surprise sangat yang dia nak bagi.. dia kata tunggu jela hari isnin nanti.. pagi tadi pepagi lagi aku dah buka internet dengan harapan da ada perubahan..x der lagi..menjelang tengahari aku buka fb dia x dapat..tgk kat adik dia punya fb pun x da..bila buka blog dia rupanya terungkai sudah cerita.. aku cuma mampu hantar komentar di blog n tulis di ym tapi aku terus offkan komputer tak sanggup nak berym dengannya saat ini..

apa yang aku kecewa sangat coz mungkin aku yang over excited dengan surprise dia.. dan aku x sangka dengan dia moody sepanjang minggu maka fb dikorbankan.. cam aku kata tadi itu hak dier tapi hope jangan kita jadi cam pepatah..kerana marahkan nyamuk,kelambu dibakar..tapi mungkin dia ada reason dia tersendiri..apapun.. semoga dia bahagia dengan pilihannya..

p/s: minggu lepas n minggu nie ramai yang aku jumpa mempunyai perasaan kecewa n moody yang melampau hingga menggugat kesabaranku..apapun..aku nasihatkan semua orang ada masalah tapi bagaimana kita mengatasi masalah itu yang membezakan kita.. apa yang penting kita mesti jadi kuat n sayang diri kita dulu sebelum sayang orang lain n sering motivasikan diri kita.. jangan berharap pada orang..cam aku selalu cakap kat adik2 aku..lau ada masalah sikit cam orang kalah judi.. aku cakap tu baru kecik dah cam tu lau ko jadi pm gila la ko pulak..yang pelik ada yang sanggup nak bunuh diri..dimanakah letak harga diri kita??begitu murahkah harga sebuah nyawa hanya kerana masalah sebesar zarah perlu dibayar dengan nyawa...kekadang aku terfikir islamkah kita jika kita sanggup melakukan perkara yang dilarang..tuhan pun bagi kita umur panjang kita lak yang nak abiskan nyawa kita..apa kes??renung2kan dan selamat beramal..

Jumaat, 2 April 2010

INGATAN TERHADAP MAK

Pagi semua.. hari ini aku nak bercerita version terlewat.. aku nie sokmo terlewat.. adik aku pun selalu kata lau nak buat lawak ngan aku sampai menyampah disebabkan aku nie yang lambat pick up..betul ke..mungkin kot..hehehe

ni aku nak cerita la..28 mac 2010 genap enam tahun emak aku meninggalkan kitorang semua kerana pendarahan dalam otak..akibat strok. kisahnya bermula cam nie..mak aku ni berniaga..tapi dier masak jela..adik aku yang berniaga.. aku lak malam tu baru balik dari seremban jumpa akak aku.. so mak aku nie masak sambal udang.. dier makan semangkuk besar..dier ada high blood pressure yang tinggi punya. so yang ayah aku x abis pun dia makan ngan soh adik aku amik lagi..

lepas tu dia baring kat ruang tamu. adik aku balik berniaga tunjuk kat dier duit dapat banyak.dier pun suka tapi cam lemah.adik aku ingat dia ngantuk..lepas tengok dier tak sihat aku pun beli ubat kat kedai cina..lepas tengahari adik aku kejutkan dier nak tanya masak inti karipap coz ader tempahan dier tak gerak..adik aku da gabra..aku mase tu tengah kopek kentang kat dapur..adik aku da terjerit2 panggil aku.mase tu aku jer yang paling tua..yang len g jalan kuar..

aku periksa denyutan nadi..da tak de..aku pun gabrala..tapi aku try buat cpr coz dulu aku ahli st john.. ader skit nafas..aku soh adik aku tipon hospital batu pahat..kejap tu ambulans pun datang n bawak mak n adik aku pergi..aku jaga adik2 aku..lepas da petang tak de apa2 pihak hospital buat adik aku tipon dr. jasman klinik panel tnb batu pahat n terus ditransfer ke hospital southern kat peserai..ayah mase tu lambat balik..dier g manjing jauh walaupun mak aku dah larang..ingat malam sebelum kejadian mak aku cakap..kalau aku jadi apa2 jangan menyesal..x yah citer pasal ni..

so doc yang in charge mak aku pun tunjuk xray kat aku..ader pendarahan kat otak.. so kena transfer ke southern melaka..aku ngan adik pompuan aku nek ambulans n ayah aku follow ngan kereta. memang nafas asyik da tunjuk ke kosong jer..lepas mak aku dok kat ccu sebulan dia stabil sikit tapi x sedar..kitorang adik beradik berkampung kat hospital.. lepas sebulan kitorang kena balik umah coz sekolah dah bukak..so aku kena jaga adik2 aku. nasib baik aku baru abis belajo.. lepas sebulan ayah mintak transfer ke bp semula senang kitorang nak melawat..mak da sedar dari koma tapi still strok..alhamdulillah..

tapi lepas 3 bulan mak menunjukkan ciri2 x nak hidup.. cam da putus asa..aku tau sebab tu tapi malas nak citer kat sini..so mak aku koma skali lagi..doc pun jumpa aku kater tipis da coz bleeding dier da teruk.. aku mase tu datang kat mak..cakap dalam hati..lau cam nie..aku redha mak pergi dari dia terseksa..yang pelik setiap kali aku pegang tangan dier nadi dier ok..lau aku lepas cam hilang..so aku pun mungkin rase mak mgkn berkata2 ngan aku..

tanggal 28 mac 2004, waktu maghrib aku rasa x selesa..tetibe aku teringat mak..rupanya mak nazak lagi..aku x pergi ngan adik aku adam..bila ayah aku pergi aku soh adik aku pakai baju melayu n aku pun cari baju aku dalam beg(baru abis be;ajar baju dalam beg lagi).. tetiba ayah maklumkan mak da x ada..aku cakap ngan adik aku..dia kecik lagi masa tu..dia angguk..aku tipon kawan aku diana mintak maklumkan kat surau..n aku maklumkan kat jiran..mak meninggal pukul 7.30malam n jenazah sampai kol 8.30 malam..

sepanjang malam aku kat sisi mak..adik aku n ayah aku last2 tertido coz penat..memula aku pun nak bangun tapi ada sorang makcik kata salah sorang anak dia kena ada..so aku pun duduk kat citu.. esoknya pagi dikebumikan..aku tengok ramai orang datang.. terutama staf tnb.. aku teringat satu kata2 jika kita berbuat baik sepanjang hidup kita salah satu tanda2 akan ramai yang datang melawat..tapi aku tak tau nape aku secekal itu sampai tak menitis air mata..mungkin aku tau aku perlu kuat untuk bangkitkan semangat ayah n adik2 aku..masa adik aku meraung balik dari hospital aku soh minum air yang aku da bace dia x nak..ada makcik2 pujuk dia pun x layan..last2 aku simbah die ngan air tu baru cam dier tersedar n ok..

apapun..itu semua kenangan enam tahun lalu yang masih segar di ingatan aku..sampai bebila pun..yang paling akan kuterkenang bila hari raya, hari ibu, bila aku bersedih(mak aku akan tau n dia akan terus tipon aku walau aku x cakap)..n bila orang bercakap pasal mak dorang..apapun alfatihah buat ibu tersayang..semoga ditempatkan di sisi orang beriman..amin..apapun aku tetap sayang emak walau tak pernah kulafazkan n aku tau mak juga sayang pada aku..aku akan selalu jadi yang terbaik seperti yang mak harapkan..insyaallah

HAPPY BELATED BESDAY ADAM!!

pinjam gambo kek besday akak..hehehe

inilah wajah adam yang aku amik dari seat depan..

Hehehe.. aku terlupa nak buat entri untuk adik aku, muhammad adam yang menyambut besday dier semalam.. tapi tak kisahla.. janji aku da wish dier through sms tengah malam 1hb april.. hadiah pun tak sempat nak pos lagi.

dia nie kira agak rapat ngan aku tak tau sebab apa rapat.. rasanya lagi-lagi sejak mak aku sakit aku kesian tengok dier.. dulu dia ni manja ngan mak aku. sekarang dorang panggil die adik kesayangan dakdeeq(gelaran aku kat umah). yerla.. kalau dier kena marah aku mesti back up dier.. dier ni dikategorikan sebagai penyedih.. tapi dia amat menghormati aku..lau aku kater kuar lambat sikit dia akan ikut n dier satu-satunya adik aku yang bahasakan diri dier dengan nama dier n kalau nak pergi memane akan cakap ngan aku dulu.

apapun.. hopefully dier akan berjaya dalam hidup satu hari nanti dan sentiasa dalam perlindunganNYA coz dia ni kekadang lurus sangat (cam aku la tu..)hehehe.. so..epi belated besday ke 14 adam..sayang adam..

DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA



assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi-pagi lagi aku dikejutkan berita tentang kehilangan besar buat kita dalam industri seni tanah air apabila pelawak terkenal juga deejay popular ERA, din beramboi atau nama sebenarnya mior ahmad fuad mior badri,44,telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.35 tengah malam tadi di hospital selayang kerana menghidap denggi berdarah kritikal yang menyebabkan kegagalan fungsi organ.

aku yang pada mulanya dengar berita malam tadi kata anak dia ayah dia menghidap denggi berdarah bukan virus kencing tikus baru nak tukar caption pagi ni tak sangka pulak menerima berita yang memeranjatkan. dan aku pun tak pernah menulis berita pasal artis tetibe tergerak hati menulis pasal beliau..selepas ini kita akan merindui gelagatnya terutama bagi mereka yang biasa dengan karektor beliau dalam majalah ujang.

aku memang meminati beliau kerana memiliki bakat yang semulajadi yang susah kita nak dapat pada generasi pelawak yang ada sekarang. apapun takziah buat keluarga allahyarham dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan dariNya. dikatakan semua ahli keluarga berada di sampingnya kecuali ayahnya sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir. jenazah akan dikebumikan sebelum solat jumaat di tanah perkuburan taman ehsan kepong.marilah kita sama-sama menyedekahkan surah al-fatihah kepada beliau semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang beriman. al fatihah.  

Rabu, 31 Mac 2010

KU UKIR NAMAMU

kredit for putri hujan

pernah dengar lagu nie tak.?lagu nie junior aku kasik..memang tangkap jiwang abis sampai aku nak tulis entri len tulis pasal entri ni dulu..a good song n nice vokal by en mimpi. so sambil aku dengar lagu nie aku pun taip entri nie.

mungkin sebab lagu nie ada kena mengena ngan aku kot..aiseymen.jiwang entri lak kali nie.tapi bila mengenangkan memori dengan seseorang sedikit masa lalu sedikit sebanyak menggugat ketenangan jiwa. tapi ia sekadar memori kerana kini ku telah punya pengganti seseorang yang cukup memahami, menyayangi dan mencintaiku..eceh.. dashyat siot. bekas kekasih aku pernah menyatakan aku nie cukup jiwang..aku rase aku bukan jiwang..buktinya aku kurang meminati novel jiwang.aku rase aku ni romantik n caring.. tetibe teringat kater junior aku caring is caring.

apapun aku bahagia dengan apa yang aku ada dan kecapi kini. aku ader dia, kakak tersayang, junior yang memahami yang selalu menyakat aku..kadangkala kita tak perlu dapat semua cukupla sekadar dalam kuantiti sedikit tetapi memahami..buat si dia..selamat berbahagia menempuh alam baru..

untuk dapatkan lagu nie klik bwh :
http://www.youtube.com/watch?v=xSkqL8RuqOE

CINTA SUFI


kalau sape yang mengikuti novel trilogi bagaikan putri mesti tak sabar-sabar nak baca buku nikan.karya novelis thriller, ramlee awang murshid. alhamdulillah akhirnya dapat aku khatamkan pembacaan aku tentang novel ini walaupun sedikit kecewa dengan pengakhirannya. aku kira novel ini pasti akan ada kesinambungannya pada masa akan datang.



nak tahu nape aku kate cam tu? ini disebabkan watak laksamana sunan yang hilang secara tiba-tiba dibawa pergi oleh laksamana hang tuah ke dasar tasik serta tidak diketahui maryam berkahwin dengan siapa dan siapakah elizabeth yang muncul tiba-tiba dan mengambil keris nanggroe dan catatan maryam dari muzium di lisbon.



bagi aku kali ini pengakhirannya menimbulkan tanda tanya di benak kepala aku. apapun masih menjadi novel kegemaran aku. walaupun aku tak sempat nak pergi ke pelancaran novel ini disebabkan berkursus aku dapat gak memiliki novel yang selalu susah untuk aku jumpa. apapun tahniah kepada ramlee awang murshid kerana hasil buah tangan yang memuaskan. hope dia akan dapat mengeluarkan novel lagi. menanti dengan agak lama buah tangannya kadangkala menimbulkan kerinduan lantas terpaksa mengulang baca..hahaha..ayat puitis..

sipnosis cerita:

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati

LAGENDA BUDAK SETAN DIFILEMKAN



mesti korang yang sebaya ngan aku atau ala2 generasi aku kenal akan novel Lagenda Budak Setan yang ditulis oleh ahadiat akasyah. masa tu aku sekolah lagi. tak ingat tingkatan ke sekolah rendah. tapi yang pasti suatu ketika dulu novel ni menjadi kegilaan semua tak kira lelaki atau perempuan.. karektor kasyah yang dipanggil budak setan walaupun nakal, sebenarnya ada kisah lucu dan sedih disebalik cerita.


aku pun baru tau hal ni disebabkan ader member aku meuar-uarkan berita ini.katanya filem ini akan ditayangkan sekitar bulan jun. dan aku pastinya tidak akan ketinggalan menempah tiket awal untuk menyaksikan cerita ini.


khabarnya filem ini diarahkan oleh pengarah dari india,sharat sharan dan akan dilakonkan oleh farid kamil (kasyah) dan lisa suriani (ayu). bagi aku kalau tengok lakonan mereka sebelum ni rasanya mereka boleh bawakan watak ini dengan baik terutama farid sebagai watak nakal.


bila diimbas balik aku teringat cam mane aku bersusah payah kumpul duit sekolah sebab nak beli novel ini. hari tu kat pesta buku PWTC pun ade novel2 ahadiat akasyah yang dijual. aku suka karya2nya coz bahasa yang digunakan bahasa pasar yang digunapakai oleh kita hari2 dan x berat. tapi frust jugakla apabila penulis menyepikan diri dan keluar pulak novel2 unsur2 cinta yang terlalu berat sampai buat aku susah nak abiskan novel dan menyebabkan aku hilang mood nak baca novel. cuma ade beberapa novelis yang masih ok lagi.


apapun aku harap cerita yang dihasilkan dapat memuaskan hati dan menjadi sehebat cerita harry potter serta menggamit memori kita pada zaman sekolah dulu terutama yang nakal dan digelar BUDAK SETAN!

untuk tengok thriller kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=mZtxb3DdQUk&feature=player_embedded#

sipnosis lagenda budak setan :

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
 Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
 Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.


Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
 Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.


Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


DIN BERAMBOI KOMA

gambar:mstar.com.my


dah lama aku tak menulis kat blog ni disebabkan sibuk..tapi berita yang aku dengar di TV3 tadi membuatkan aku meringankan tangan menaip cerita ini. seperti yang korang tau din beramboi (deejay era) telah diberitakan kritikal di hospital selayang. yang paling menyedihkan lagi beliau dikatakan turut koma.


menurut berita yang disampaikan, dia dijangkiti virus dari air kencing tikus. tapi punca sebenar masih disiasat. yang menyedihkan dikatakan organ dalamannya tidak berfungsi dan dikatakan mengalami pendarahan.


namun tu sume bukan sebab aku nak cerita. cuma berita ini benar-benar memeranjatkan aku..rasanya baru 2 @ 3 minggu lepas tengok dia kat tv. apapun dikhabarkan dia memerlukan darah O. jadi sesape yang mempunyai darah tu harap dapatlah mendermakan pada din beramboi sebab kat berita cakap 24-48 jam. selain itu aku nak ajak korang doakan agar din beramboi selamat.


pada aku dia memiliki karektor seorang pelawak yang semulajadi dan bersahaja. aku sampai sekarang pun tak percaya. tapi sebab banyak berita dah keluar dalam internet ni maka aku pun percaya.apapun kita doakan yang terbaik buat din beramboi.  

Jumaat, 19 Mac 2010

perginya sebuah laptop..


Cam sedih je tajuk tu..tapi sedih r gak..yela..laptop nie telah banyak berjasa kepada aku..paling mudah untuk kubawa pergi kemana-mana..makan..hotel..balik kampung..even g jenjalan. sebab dier mudah..ringan n ringkas.. tapi tak lama dengan aku yang rakus menggunakan komputer nie..sebabkan aku ni hardcore n kononnya nak buat bisnes jadi aku tukar la pada yang desktop semula..



desktop yang aku guna skang nih..

so berbalik pada kisah mini laptop aku tu.. memula keypad dier ader yang problem..so aku pun hantar kat lowyat sebab aku tak tau mane nak cari keypad die..kena rm250. cina tu tanya aku nak lajukan balikkan laptop aku tak..aku kata boleh la..tapi disebabkan aku lak tak bawak chargernye maka x jadi pulak.. tula..malas sangat.. so bila akak aku kater nak bagi anak sedara die aku pun kater tak perla..coz mase tu aku dah terpikir nak beli laptop baru (ni terpaksa kes nak g workshop fotografi..takkan aku nak bawak desktop..gila aper..).jadi aku pun membaikpulih laptop tu 2 hari lepas dengan mengorbankan  masa tido aku..sampai pagi tu..akhirnya kol 5.30pagi siap.. dan akak aku lak ajak breakfast kat mcD sebelum dier balik..so aku ngan pandangan terakhir men'snap'(ader ke perkataan ni)..sebelum aku simpan dalam begnya dan menyerahkan kat akak aku..(sambil dalam hati berkata..selamat berbakti pada tuan baru).


mini laptop yang telah meniggalkan aku asus

saat akhir melihat sebelum pergi..isk..isk

jadi setelah kehilangan dan bersedih hti.. aku pun mengeluarkan laptop batu aku.. MSI.. welcome babeh.. cuma ader masalah kit..tak per ..nanti aku tau la aper nak buat.. ader 3 sebab kenape aku pilih laptop ni..satu sebab harga..(terpaksa bajet coz aku nak beli lens n kad memori baru..)..dua..sebab aku guna kad grafik msi.. jadi benda tu dah ader..tiga coz aku tak pernah guna brand ni..(brand yang aku da pernah pakai apple,acer,compac,asus..desktop aku beli pasang siap)..



so tak salah rasenya aku mencuba benda yang baru n hopefully laptop ni memberi kepuasan yang penuh pada aku coz aku nak guna untuk tujuan editing so banyak guna multimedia software.. tapi cuma digunakan kalau aku malas nak dok atas kosi guna desktop n sewaktu aku ader keje diluar.semoga memberikan kerjasama dan prestasi tinggi terhadap aku..welcome to my underground world babeh..yeah..





laptop terbaru aku MSI

Masak sendiri

waktu tengah mendidih..siap nampak asap lagi tu

tengah mendidih lagi..kasik kering skit

assalamualaikum sumer..aku kembali lagi..baru lepas makan.. memula ingat nak buat post tengah malam.. tapi disebabkan hujan..yang agak lebat jugak (syukur alhamdulillah).. yang mane akan menyejukkan mukabumi maka aku pun meneruskan penulisan.. benarlah penulis suka menulis pada waktu malam.. malam menghadirkan ilham siang menghadiahkan rezeki..malam pun kurang gangguan.. mungkin sebab aku suka malam kot..menenangkan..
tak kisahla tu.. aku sebenarnya nak citer yang aku kena masak sendiri coz akak aku balik kampung.. semalam lagi aku dah masak tapi hari ni baru tulis blog. semalam aku masak sambal sotong hari ni aku masak daging masak merah.. versi aku la.. kes aku malas nak kuar beli makan mahupun angkat tipon buat pesanan.


kalu tanya sedap ke tak.. aku jawab sedap je dah aku yang masak.. tapi lau tak sedap x kan aku makan bertambah.. makin gemuk la aku ni.so tengah masak2 tu teringat buah hati aku.. terus amik buat shoot 2 keping..orait la tu.. apapun kire boleh hidup la aku walaupun akak aku tak der coz slalu dier yang masak untuk aku..hehehe...tu jela aku nak citer.. otak aku sebenarnya dah tepu dari tadi masuk maklumat je..nanti aku citer kat post len lak..

Selasa, 16 Mac 2010

teman lama di Facebook!


Bercerita pasal facebook kekadang buat aku tak paham aper yang buat sesetengah orang kemaruk sangat dengan benda alah ni.mungkin aku tak dapat nak menghayati facebook tu macam dorang kot ataupun aku lebih suka surfing dari berchatting.mungkin sebab aku nie cepat bosan orangnya maka dengan itu aku kurang.tapi itu tak bermakna aku tak der alamat facebook. masuk bulan nie dah 3 ke 4 bulan aku join facebook. sekadar mencari teman-teman lame mase belajar dulu. actually ader sorang junior aku dok bising aku tak facebook.so dah kena bising banyak kali aku pun bukak.




first time dah bukak tu aku buat bodoh je.setakat bukak.lepas tu aku terpikir ntah2 ader kawan2 lame aku kat sini bila pikir kawan umt aku pun ader..aku pun mulala search semula.jumpa.so memula aku cari geng aku mase form 5. jumpa sorang demi sorang..yang lain termasuk somebody tu aku just perhatikan. lelame kehadiran aku pun disedari oleh budak kelas aku mungkin ader yang sebarkan di sebalik nama prince adnil tu.hehehhe..x perla.apapun ukhwah aku ngan teman-teman mahupun dulu pernah bermusuhan bila bertemu kembali di facebook sumenya jadi mesra kembali.alhamdulillah.




walaupun ramai yang aku tak add dan ramai juga yang tak add aku (sebab x tau nick aku)..aku tak kisah pun. janji bahagia.aperpun aku gembira gak ramai kengkawan aku yang aku jumpa semula terutama bestfriend aku dayah,syikin,yati, n ayu, x musuh aku zila tapi kini dah kamcing.dan benda2 ni buat aku bahagia.dan mostly dorang dah kawin dan ader anak.lagi la aku suka betapa ramainya anak buah aku.hehehe..aku??masih suka bersendiri dan mengejar impian..

Isnin, 15 Mac 2010

blog pertama aku

Selamat datang ke blog aku.. blog pertama yang dah lamer aku nak bangunkan tapi tak buat-buat gak disebabkan dek kemalasan yang melampau dalam diri aku.. sehingga la aku tetiber berjaya mengumpul semangat yang begitu tinggi untuk membuat blog ni..maka terhasilnya blog ni.. nape aku namakan blog aku dengan nama ni? senang je.. disebabkan somebody telah bagi nama ni satu ketika dulu kat aku dan nama ni dah lame melekat kat nick aku..kengkawan pun dah tau guna jerla..

lagipun buat aper nak pecah kepala pikir yang susah-susah gak..dah la aku nie susah nak ingat perkataan dibandingkan dengan nombor.. tapi masa sekolah bukan men terer sejarah lak aku..hehehe..sejarah warisan bangsa..dah keturunan hang tuah.. mestilah terer pasal sejarah..'takkan melayu hilang di dunia'.

Aku rasa cukupla setakat ni intro aku memandangkan akak aku dah tido dan dengkuran dier menjeleskan aku.. lagipun dah sehari aku dok mengadap komputer aku yang mane dier sudah pastinya merasa sungguh bosan dengan tuan dier yang ntah bila nak menoktahkan tulisannya..

Maka akhir kata.. selaku tuan empunya blog ni aku dengan rasminya merasmikan pembukaan prince adnil da blogger.. semoga apa yang aku tulis dapat direnung, difikir..bukan diabai..