Jumaat, 2 April 2010

DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA



assalamualaikum dan selamat pagi semua.. pagi-pagi lagi aku dikejutkan berita tentang kehilangan besar buat kita dalam industri seni tanah air apabila pelawak terkenal juga deejay popular ERA, din beramboi atau nama sebenarnya mior ahmad fuad mior badri,44,telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.35 tengah malam tadi di hospital selayang kerana menghidap denggi berdarah kritikal yang menyebabkan kegagalan fungsi organ.

aku yang pada mulanya dengar berita malam tadi kata anak dia ayah dia menghidap denggi berdarah bukan virus kencing tikus baru nak tukar caption pagi ni tak sangka pulak menerima berita yang memeranjatkan. dan aku pun tak pernah menulis berita pasal artis tetibe tergerak hati menulis pasal beliau..selepas ini kita akan merindui gelagatnya terutama bagi mereka yang biasa dengan karektor beliau dalam majalah ujang.

aku memang meminati beliau kerana memiliki bakat yang semulajadi yang susah kita nak dapat pada generasi pelawak yang ada sekarang. apapun takziah buat keluarga allahyarham dan semoga mereka tabah menghadapi dugaan dariNya. dikatakan semua ahli keluarga berada di sampingnya kecuali ayahnya sewaktu beliau menghembuskan nafas terakhir. jenazah akan dikebumikan sebelum solat jumaat di tanah perkuburan taman ehsan kepong.marilah kita sama-sama menyedekahkan surah al-fatihah kepada beliau semoga rohnya ditempatkan di sisi orang-orang beriman. al fatihah.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan