Selasa, 28 September 2010

AIRANI-part 2



atas permintaan LP LUM maka aku akan buat sedikit review pasal novel yang aku katakan semalam iaitu AIRANI. tapi tak de la secara detail memandangkan aku dari sekolah paling x suka buat sipnosis nie..harap berpuas hati..

SIPNOSIS :

kisah perhubungan dua orang individu bernama Bidin (berumur 17 tahun anak kampung yang naif) dan Irina Yusuf (anak pengurus ladang yang bapanya berasal dari kampung itu juga tetapi telah berkahwin dengan wanita dari England) yang bermula dari kiriman sajak buat Irina pada hari ulangtahunnya dengan memanggil Irina sebagai Airani yang pada Bidin membawa maksud bunga seroja atau padma. Irina yang merasakan kelainan tentang Bidin lantas mendekatinya dan ternyata dia cukup senang dengan Bidin. seperti biasa, kisah kaya dan miskin menjadi punca utama tentangan dari nenek Irina dan juga Shamsul yang iri hati kerana tidak dapat memiliki Irina lalu menyebarkan fitnah.
Rasa kecewa Bidin terhadap Irina tercetus apabila gadis itu telah berpindah semula ke England dalam usaha bapanya mahu meleraikan perbalahan dengan neneknya dan atas alasan bapanya telah menerima tawaran kerja baru. menjalani kehidupan biasa dan setelah mendapat pangkat dua didalam SPMnya Bidin bertekad mencari pekerjaan di Kuala Lumpur di syarikat penerbitan dan usahanya membuahkan hasil apabila dia diterima di di situ.cuba melupakan bayangan Irina dia berkawan dengan Marina yang akhirnya kembali kepada teman lelakinya membuatkan dia bertekad menerima Kak Jah (ketua pengarangnya) tetapi menjadi tidak keruan apabila diminta membuat temuramah dengan model baru Irina Yusuf yang menguatkan firasatnya adalah Airaninya lapan tahun lalu.
Airani yang terbaca nama Bidin diruangan temuramah telah menghubungi Kak Jah bagi mendapatkan kepastian adakah itu kawan lamanya dahulu.setelah didesak Bidin bersetuju menemui Airani tetapi bukan kata rindu dilemparkannya tetapi ketidakpuasan hati ditinggal gadis itu tanpa jejak tetapi itu sebenarnya menjadi punca mereka berdamai semula dan maka bermula episod baru cinta layu kembang semula tetapi menerima tentangan dari Tengku (kekasih Airani) dan keluarga Airani sendiri.berjaya kah mereka mengharungi kisah percintaan mereka?semuanya terjawab dalam novel Airani.

2 ulasan:

  1. salam kak~

    hehhe... terasa diriku amat berharga ar pilak... :))

    apa pun, citer nie best.. mau cari nnti andai ada kat kdai... :)

    BalasPadam
  2. carilah..you wont regret..lagipun memang ko suka novel2 creativekan..len r den kekadang cam tepu nak paham..ada yang x baca langsung sebab terlalu lambat jalan citernya..

    BalasPadam