Rabu, 31 Mac 2010

CINTA SUFI


kalau sape yang mengikuti novel trilogi bagaikan putri mesti tak sabar-sabar nak baca buku nikan.karya novelis thriller, ramlee awang murshid. alhamdulillah akhirnya dapat aku khatamkan pembacaan aku tentang novel ini walaupun sedikit kecewa dengan pengakhirannya. aku kira novel ini pasti akan ada kesinambungannya pada masa akan datang.



nak tahu nape aku kate cam tu? ini disebabkan watak laksamana sunan yang hilang secara tiba-tiba dibawa pergi oleh laksamana hang tuah ke dasar tasik serta tidak diketahui maryam berkahwin dengan siapa dan siapakah elizabeth yang muncul tiba-tiba dan mengambil keris nanggroe dan catatan maryam dari muzium di lisbon.



bagi aku kali ini pengakhirannya menimbulkan tanda tanya di benak kepala aku. apapun masih menjadi novel kegemaran aku. walaupun aku tak sempat nak pergi ke pelancaran novel ini disebabkan berkursus aku dapat gak memiliki novel yang selalu susah untuk aku jumpa. apapun tahniah kepada ramlee awang murshid kerana hasil buah tangan yang memuaskan. hope dia akan dapat mengeluarkan novel lagi. menanti dengan agak lama buah tangannya kadangkala menimbulkan kerinduan lantas terpaksa mengulang baca..hahaha..ayat puitis..

sipnosis cerita:

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati

3 ulasan:

  1. salam~

    huhuhu... xpenah minat ngan penulis ini... dan tak penah mengikuti karya beliau.. hanya penah dgr nma sahaja... :)

    BalasPadam
  2. apapun kena cuba gak bace satu..mana tau ko teradmire lak nanti.. tombiruo collection pun best..x pun pinjam den punye

    BalasPadam
  3. salam~ sy sgt minat siri cite ni...
    agak kcewa dgn ending dia.. terlalu byk persoalan msti lpas ni ade smbungan.. mmg admire giler r dgn laksmana sunan..

    ~sy ingtkn hijab sang pencinta tu siri akhir.. rupenya ade smbungan~ =)

    BalasPadam