Rabu, 31 Mac 2010

LAGENDA BUDAK SETAN DIFILEMKAN



mesti korang yang sebaya ngan aku atau ala2 generasi aku kenal akan novel Lagenda Budak Setan yang ditulis oleh ahadiat akasyah. masa tu aku sekolah lagi. tak ingat tingkatan ke sekolah rendah. tapi yang pasti suatu ketika dulu novel ni menjadi kegilaan semua tak kira lelaki atau perempuan.. karektor kasyah yang dipanggil budak setan walaupun nakal, sebenarnya ada kisah lucu dan sedih disebalik cerita.


aku pun baru tau hal ni disebabkan ader member aku meuar-uarkan berita ini.katanya filem ini akan ditayangkan sekitar bulan jun. dan aku pastinya tidak akan ketinggalan menempah tiket awal untuk menyaksikan cerita ini.


khabarnya filem ini diarahkan oleh pengarah dari india,sharat sharan dan akan dilakonkan oleh farid kamil (kasyah) dan lisa suriani (ayu). bagi aku kalau tengok lakonan mereka sebelum ni rasanya mereka boleh bawakan watak ini dengan baik terutama farid sebagai watak nakal.


bila diimbas balik aku teringat cam mane aku bersusah payah kumpul duit sekolah sebab nak beli novel ini. hari tu kat pesta buku PWTC pun ade novel2 ahadiat akasyah yang dijual. aku suka karya2nya coz bahasa yang digunakan bahasa pasar yang digunapakai oleh kita hari2 dan x berat. tapi frust jugakla apabila penulis menyepikan diri dan keluar pulak novel2 unsur2 cinta yang terlalu berat sampai buat aku susah nak abiskan novel dan menyebabkan aku hilang mood nak baca novel. cuma ade beberapa novelis yang masih ok lagi.


apapun aku harap cerita yang dihasilkan dapat memuaskan hati dan menjadi sehebat cerita harry potter serta menggamit memori kita pada zaman sekolah dulu terutama yang nakal dan digelar BUDAK SETAN!

untuk tengok thriller kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=mZtxb3DdQUk&feature=player_embedded#

sipnosis lagenda budak setan :

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
 Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
 Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.


Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
 Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.


Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


2 ulasan:

  1. salam~
    heheh... mari kita sama2 menantikan nya... :)

    BalasPadam
  2. hahaha..ko da komen ek..den kena beli novel ni balik..

    BalasPadam