Rabu, 31 Mac 2010

KU UKIR NAMAMU

kredit for putri hujan

pernah dengar lagu nie tak.?lagu nie junior aku kasik..memang tangkap jiwang abis sampai aku nak tulis entri len tulis pasal entri ni dulu..a good song n nice vokal by en mimpi. so sambil aku dengar lagu nie aku pun taip entri nie.

mungkin sebab lagu nie ada kena mengena ngan aku kot..aiseymen.jiwang entri lak kali nie.tapi bila mengenangkan memori dengan seseorang sedikit masa lalu sedikit sebanyak menggugat ketenangan jiwa. tapi ia sekadar memori kerana kini ku telah punya pengganti seseorang yang cukup memahami, menyayangi dan mencintaiku..eceh.. dashyat siot. bekas kekasih aku pernah menyatakan aku nie cukup jiwang..aku rase aku bukan jiwang..buktinya aku kurang meminati novel jiwang.aku rase aku ni romantik n caring.. tetibe teringat kater junior aku caring is caring.

apapun aku bahagia dengan apa yang aku ada dan kecapi kini. aku ader dia, kakak tersayang, junior yang memahami yang selalu menyakat aku..kadangkala kita tak perlu dapat semua cukupla sekadar dalam kuantiti sedikit tetapi memahami..buat si dia..selamat berbahagia menempuh alam baru..

untuk dapatkan lagu nie klik bwh :
http://www.youtube.com/watch?v=xSkqL8RuqOE

CINTA SUFI


kalau sape yang mengikuti novel trilogi bagaikan putri mesti tak sabar-sabar nak baca buku nikan.karya novelis thriller, ramlee awang murshid. alhamdulillah akhirnya dapat aku khatamkan pembacaan aku tentang novel ini walaupun sedikit kecewa dengan pengakhirannya. aku kira novel ini pasti akan ada kesinambungannya pada masa akan datang.



nak tahu nape aku kate cam tu? ini disebabkan watak laksamana sunan yang hilang secara tiba-tiba dibawa pergi oleh laksamana hang tuah ke dasar tasik serta tidak diketahui maryam berkahwin dengan siapa dan siapakah elizabeth yang muncul tiba-tiba dan mengambil keris nanggroe dan catatan maryam dari muzium di lisbon.



bagi aku kali ini pengakhirannya menimbulkan tanda tanya di benak kepala aku. apapun masih menjadi novel kegemaran aku. walaupun aku tak sempat nak pergi ke pelancaran novel ini disebabkan berkursus aku dapat gak memiliki novel yang selalu susah untuk aku jumpa. apapun tahniah kepada ramlee awang murshid kerana hasil buah tangan yang memuaskan. hope dia akan dapat mengeluarkan novel lagi. menanti dengan agak lama buah tangannya kadangkala menimbulkan kerinduan lantas terpaksa mengulang baca..hahaha..ayat puitis..

sipnosis cerita:

Catalina merupakan seorang balu bangsawan Portugis yang kematian suami, belayar ke Tanah Melayu atas saranan Maryam – satu jelmaan berjubah dan berhijab putih yang ditemui apabila Catalina pengsan sahaja. Maryam berjanji akan membongkar satu rahsia besar tetapi pertemuannya mestilah di Hulu Melaka dan Catalina kena mencari seorang lelaki bertanduk dua untuk mengiringi perjalanannya ke Hulu Melaka. Ketika sampai ke Melaka, Portugis sedang menggempur Melaka dan Melaka dapat ditawan. Masa inilah Catalina menemui Saifudin yang pengsan di pantai Punggor. Lalu Laksamana Sunan itu dijadikan hamba sahaya kepada Catalina. Perjalanan ke Hulu menghadapi bermacam rintangan termasuk huru-hara yang dicetuskan Pangeran Garitno (jelmaan Taghut) dan Puteri Kober Gandring yang hampir putus nyawa dikerjakan Saifudin dalam Hijab Sang Pencinta. Anak keponakan Taming Sari hulubalang terbilang Majapahit itu dibangkitkan semula dalam jelmaan pontianak.
Saifudin pula kehilangan kudrat kerana mengalami proses transformasi dari abad ke 21 yang telah memecahkan sel-sel dalaman. Luna pula muncul menagih kasih kepada Saifudin iaitu bangsa manusia pertama yang berjaya menambat hatinya. Begitu juga dengan Catalina yang lama-kelamaan menyenangi Saifudin kerana akhlak lelaki itu. Kesimpulannya – banyak nyawa terkorban dalam mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka. Persoalannya – siapa Maryam bersama rahsia besarnya? Mengapa Saifudin digelar ‘lelaki bertanduk dua’? Apakah Taghut mampu dibunuh? Bagaimana dengan campur tangan Luna dalam peperangan antara sesama bangsa manusia? Apakah Saifudin berupaya bangkit menjadi Laksamana Sunan semula? Mengapa Taghut terlalu mendendami Saifudin? Siapakah yang mampu menjinakkan Puteri Gunung Ledang yang terkenal sakti itu? Dan...banyak lagilah.
Untuk anda semua...selamat bertemu dengan Laksamana Sunan sekali lagi dan ia tidak akan berakhir begitu sahaja. Seperti kata Saifudin – tiadalah ia diputuskan di dalam hati

LAGENDA BUDAK SETAN DIFILEMKAN



mesti korang yang sebaya ngan aku atau ala2 generasi aku kenal akan novel Lagenda Budak Setan yang ditulis oleh ahadiat akasyah. masa tu aku sekolah lagi. tak ingat tingkatan ke sekolah rendah. tapi yang pasti suatu ketika dulu novel ni menjadi kegilaan semua tak kira lelaki atau perempuan.. karektor kasyah yang dipanggil budak setan walaupun nakal, sebenarnya ada kisah lucu dan sedih disebalik cerita.


aku pun baru tau hal ni disebabkan ader member aku meuar-uarkan berita ini.katanya filem ini akan ditayangkan sekitar bulan jun. dan aku pastinya tidak akan ketinggalan menempah tiket awal untuk menyaksikan cerita ini.


khabarnya filem ini diarahkan oleh pengarah dari india,sharat sharan dan akan dilakonkan oleh farid kamil (kasyah) dan lisa suriani (ayu). bagi aku kalau tengok lakonan mereka sebelum ni rasanya mereka boleh bawakan watak ini dengan baik terutama farid sebagai watak nakal.


bila diimbas balik aku teringat cam mane aku bersusah payah kumpul duit sekolah sebab nak beli novel ini. hari tu kat pesta buku PWTC pun ade novel2 ahadiat akasyah yang dijual. aku suka karya2nya coz bahasa yang digunakan bahasa pasar yang digunapakai oleh kita hari2 dan x berat. tapi frust jugakla apabila penulis menyepikan diri dan keluar pulak novel2 unsur2 cinta yang terlalu berat sampai buat aku susah nak abiskan novel dan menyebabkan aku hilang mood nak baca novel. cuma ade beberapa novelis yang masih ok lagi.


apapun aku harap cerita yang dihasilkan dapat memuaskan hati dan menjadi sehebat cerita harry potter serta menggamit memori kita pada zaman sekolah dulu terutama yang nakal dan digelar BUDAK SETAN!

untuk tengok thriller kat sini:
http://www.youtube.com/watch?v=mZtxb3DdQUk&feature=player_embedded#

sipnosis lagenda budak setan :

Kisah bermula dengan kenakalan Kasyah, seorang pelajar kolej yang sering membuli dan mengenakan pelajar lain, bersama beberapa rakannya. Sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kehadiran pelajar baru, Ayu, yang menambat hati pemuda terbabit.
 Hubungan Kasyah dan Ayu bertambah erat dengan bibit percintaan mulai bercambah. Pada semester akhir, Kasyah ke kawasan pedalaman bagi menjalankan kajian untuk tugasannya. Mereka tidak berhubungan dengan harapan Kasyah dapat menumpukan perhatian pada kajiannya.
 Ketika pemergian Kasyah, bekas kekasih Ayu, Azmi, muncul menagih cinta. Azmi menggunakan kedudukan dan kemewahan keluarga bagi mempengaruhi ibu Ayu, Mak Leha, agar memujuk gadis itu berkahwin dengannya. Berpura-pura sakit tenat, ibu Ayu berjaya meminta anaknya berkahwin dengan Azmi, meskipun hatinya mencintai Kasyah.


Sebaik saja pulang ke kampus, Kasyah yang tidak mengetahui perkahwinan Ayu dan Azmi, terkejut dengan berita yang diterimanya itu.
 Masa berlalu, rumah tangga Ayu dan Azmi berantakan lantaran sikap Azmi yang panas baran dan pemabuk. Ayu sering dipukul. Suatu malam, akibat tidak tahan dipukul Azmi, Ayu bertindak melarikan diri dari rumah dengan memandu kereta. Ayu hilang kawalan lalu terbabit dalam kemalangan. Ayu cedera parah dan dibawa ke hospital. Mukanya hancur dan terpaksa melakukan pembedahan plastik. Wajahnya berubah, tetapi dia pulih semula. Seterusnya Ayu menuntut perceraian.


Bersama wajah berbeza dan dengan trauma kehidupan lampau, Ayu kini bertekad untuk memulakan hidup baru. Bersama wajah barunya dan dengan pampasan perceraian, dia membuka syarikat perniagaan serta menampilkan diri sebagai Emilia. Menerusi Suzana, kawan rapatnya ketika di universiti, Kasyah diambil bekerja.Kasyah yang mulanya tidak perasan kehadiran Ayu dalam diri Emilia, mulai berasakan sesuatu kerana persamaan yang dimiliki antara dua wanita itu. Emilia mendapati Kasyah masih setia menyintai Ayu. Keadaan itu menambah deritanya apabila Kasyah tidak menerima Emilia dalam hatinya.


DIN BERAMBOI KOMA

gambar:mstar.com.my


dah lama aku tak menulis kat blog ni disebabkan sibuk..tapi berita yang aku dengar di TV3 tadi membuatkan aku meringankan tangan menaip cerita ini. seperti yang korang tau din beramboi (deejay era) telah diberitakan kritikal di hospital selayang. yang paling menyedihkan lagi beliau dikatakan turut koma.


menurut berita yang disampaikan, dia dijangkiti virus dari air kencing tikus. tapi punca sebenar masih disiasat. yang menyedihkan dikatakan organ dalamannya tidak berfungsi dan dikatakan mengalami pendarahan.


namun tu sume bukan sebab aku nak cerita. cuma berita ini benar-benar memeranjatkan aku..rasanya baru 2 @ 3 minggu lepas tengok dia kat tv. apapun dikhabarkan dia memerlukan darah O. jadi sesape yang mempunyai darah tu harap dapatlah mendermakan pada din beramboi sebab kat berita cakap 24-48 jam. selain itu aku nak ajak korang doakan agar din beramboi selamat.


pada aku dia memiliki karektor seorang pelawak yang semulajadi dan bersahaja. aku sampai sekarang pun tak percaya. tapi sebab banyak berita dah keluar dalam internet ni maka aku pun percaya.apapun kita doakan yang terbaik buat din beramboi.  

Jumaat, 19 Mac 2010

perginya sebuah laptop..


Cam sedih je tajuk tu..tapi sedih r gak..yela..laptop nie telah banyak berjasa kepada aku..paling mudah untuk kubawa pergi kemana-mana..makan..hotel..balik kampung..even g jenjalan. sebab dier mudah..ringan n ringkas.. tapi tak lama dengan aku yang rakus menggunakan komputer nie..sebabkan aku ni hardcore n kononnya nak buat bisnes jadi aku tukar la pada yang desktop semula..



desktop yang aku guna skang nih..

so berbalik pada kisah mini laptop aku tu.. memula keypad dier ader yang problem..so aku pun hantar kat lowyat sebab aku tak tau mane nak cari keypad die..kena rm250. cina tu tanya aku nak lajukan balikkan laptop aku tak..aku kata boleh la..tapi disebabkan aku lak tak bawak chargernye maka x jadi pulak.. tula..malas sangat.. so bila akak aku kater nak bagi anak sedara die aku pun kater tak perla..coz mase tu aku dah terpikir nak beli laptop baru (ni terpaksa kes nak g workshop fotografi..takkan aku nak bawak desktop..gila aper..).jadi aku pun membaikpulih laptop tu 2 hari lepas dengan mengorbankan  masa tido aku..sampai pagi tu..akhirnya kol 5.30pagi siap.. dan akak aku lak ajak breakfast kat mcD sebelum dier balik..so aku ngan pandangan terakhir men'snap'(ader ke perkataan ni)..sebelum aku simpan dalam begnya dan menyerahkan kat akak aku..(sambil dalam hati berkata..selamat berbakti pada tuan baru).


mini laptop yang telah meniggalkan aku asus

saat akhir melihat sebelum pergi..isk..isk

jadi setelah kehilangan dan bersedih hti.. aku pun mengeluarkan laptop batu aku.. MSI.. welcome babeh.. cuma ader masalah kit..tak per ..nanti aku tau la aper nak buat.. ader 3 sebab kenape aku pilih laptop ni..satu sebab harga..(terpaksa bajet coz aku nak beli lens n kad memori baru..)..dua..sebab aku guna kad grafik msi.. jadi benda tu dah ader..tiga coz aku tak pernah guna brand ni..(brand yang aku da pernah pakai apple,acer,compac,asus..desktop aku beli pasang siap)..



so tak salah rasenya aku mencuba benda yang baru n hopefully laptop ni memberi kepuasan yang penuh pada aku coz aku nak guna untuk tujuan editing so banyak guna multimedia software.. tapi cuma digunakan kalau aku malas nak dok atas kosi guna desktop n sewaktu aku ader keje diluar.semoga memberikan kerjasama dan prestasi tinggi terhadap aku..welcome to my underground world babeh..yeah..





laptop terbaru aku MSI

Masak sendiri

waktu tengah mendidih..siap nampak asap lagi tu

tengah mendidih lagi..kasik kering skit

assalamualaikum sumer..aku kembali lagi..baru lepas makan.. memula ingat nak buat post tengah malam.. tapi disebabkan hujan..yang agak lebat jugak (syukur alhamdulillah).. yang mane akan menyejukkan mukabumi maka aku pun meneruskan penulisan.. benarlah penulis suka menulis pada waktu malam.. malam menghadirkan ilham siang menghadiahkan rezeki..malam pun kurang gangguan.. mungkin sebab aku suka malam kot..menenangkan..
tak kisahla tu.. aku sebenarnya nak citer yang aku kena masak sendiri coz akak aku balik kampung.. semalam lagi aku dah masak tapi hari ni baru tulis blog. semalam aku masak sambal sotong hari ni aku masak daging masak merah.. versi aku la.. kes aku malas nak kuar beli makan mahupun angkat tipon buat pesanan.


kalu tanya sedap ke tak.. aku jawab sedap je dah aku yang masak.. tapi lau tak sedap x kan aku makan bertambah.. makin gemuk la aku ni.so tengah masak2 tu teringat buah hati aku.. terus amik buat shoot 2 keping..orait la tu.. apapun kire boleh hidup la aku walaupun akak aku tak der coz slalu dier yang masak untuk aku..hehehe...tu jela aku nak citer.. otak aku sebenarnya dah tepu dari tadi masuk maklumat je..nanti aku citer kat post len lak..

Selasa, 16 Mac 2010

teman lama di Facebook!


Bercerita pasal facebook kekadang buat aku tak paham aper yang buat sesetengah orang kemaruk sangat dengan benda alah ni.mungkin aku tak dapat nak menghayati facebook tu macam dorang kot ataupun aku lebih suka surfing dari berchatting.mungkin sebab aku nie cepat bosan orangnya maka dengan itu aku kurang.tapi itu tak bermakna aku tak der alamat facebook. masuk bulan nie dah 3 ke 4 bulan aku join facebook. sekadar mencari teman-teman lame mase belajar dulu. actually ader sorang junior aku dok bising aku tak facebook.so dah kena bising banyak kali aku pun bukak.




first time dah bukak tu aku buat bodoh je.setakat bukak.lepas tu aku terpikir ntah2 ader kawan2 lame aku kat sini bila pikir kawan umt aku pun ader..aku pun mulala search semula.jumpa.so memula aku cari geng aku mase form 5. jumpa sorang demi sorang..yang lain termasuk somebody tu aku just perhatikan. lelame kehadiran aku pun disedari oleh budak kelas aku mungkin ader yang sebarkan di sebalik nama prince adnil tu.hehehhe..x perla.apapun ukhwah aku ngan teman-teman mahupun dulu pernah bermusuhan bila bertemu kembali di facebook sumenya jadi mesra kembali.alhamdulillah.




walaupun ramai yang aku tak add dan ramai juga yang tak add aku (sebab x tau nick aku)..aku tak kisah pun. janji bahagia.aperpun aku gembira gak ramai kengkawan aku yang aku jumpa semula terutama bestfriend aku dayah,syikin,yati, n ayu, x musuh aku zila tapi kini dah kamcing.dan benda2 ni buat aku bahagia.dan mostly dorang dah kawin dan ader anak.lagi la aku suka betapa ramainya anak buah aku.hehehe..aku??masih suka bersendiri dan mengejar impian..

Isnin, 15 Mac 2010

blog pertama aku

Selamat datang ke blog aku.. blog pertama yang dah lamer aku nak bangunkan tapi tak buat-buat gak disebabkan dek kemalasan yang melampau dalam diri aku.. sehingga la aku tetiber berjaya mengumpul semangat yang begitu tinggi untuk membuat blog ni..maka terhasilnya blog ni.. nape aku namakan blog aku dengan nama ni? senang je.. disebabkan somebody telah bagi nama ni satu ketika dulu kat aku dan nama ni dah lame melekat kat nick aku..kengkawan pun dah tau guna jerla..

lagipun buat aper nak pecah kepala pikir yang susah-susah gak..dah la aku nie susah nak ingat perkataan dibandingkan dengan nombor.. tapi masa sekolah bukan men terer sejarah lak aku..hehehe..sejarah warisan bangsa..dah keturunan hang tuah.. mestilah terer pasal sejarah..'takkan melayu hilang di dunia'.

Aku rasa cukupla setakat ni intro aku memandangkan akak aku dah tido dan dengkuran dier menjeleskan aku.. lagipun dah sehari aku dok mengadap komputer aku yang mane dier sudah pastinya merasa sungguh bosan dengan tuan dier yang ntah bila nak menoktahkan tulisannya..

Maka akhir kata.. selaku tuan empunya blog ni aku dengan rasminya merasmikan pembukaan prince adnil da blogger.. semoga apa yang aku tulis dapat direnung, difikir..bukan diabai..